Jumaat, 4 September 2009

SajiOnline - Sup Soto Istimewa








SajiOnline - Sup Soto Istimewa: "BAHAN A:

500 gm ayam

400 gm daging

100 gm bawang merah

50 gm bawang putih

50 gm halia
3 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

5 kuntum bunga lawang

100 gm rempah kurma

50 gm serbuk jintan manis

50 gm serbuk jintan putih



BAHAN B:

10 gm kacang tanah (goreng)

10 gm taugeh

10 gm tomato

1 paket nasi impit

Cili padi

Suhun



CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga naik bau. Masukkan air, ayam dan daging dan rebus sehingga mendidih. Biarkan daging empuk.

2. Kemudian asingkan ayam dan daging, masukkan garam secukup rasa ke dalam kuah soto tadi.

3. Masukkan bahan-bahan B ke dalam mangkuk bersama-sama dengan ayam dan daging yang telah dicarik halus.
4. Tuangkan kuah soto ke dalam mangkuk. Hias dengan daun bawang dan bawang goreng."