Jumaat, 4 September 2009

SajiOnline - Soto Madura










SajiOnline - Soto Madura: "BAHAN-BAHAN:
250 gm paru (rebus)
250 gm perut (rebus)
250 gm tetel (daging cincang direbus)
4 helai daun limau purut
3 batang serai (ketuk)
Garam
Bawang goreng
Daun bawang dan sup
Limau nipis
Suhun (rendam)
1 sudu besar kicap manis

BAHAN KISAR:
2 sudu besar lada hitam
4 cm halia
3 cm kunyit
9 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:
1. Sewaktu merebus paru, perut dan tetel, tinggalkan air rebusan sebanyak seliter.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga garing.
3. Kemudian masukkan daun limau purut dan serai.
4. Tuangkan air rebusan, dan bubuhkan garam.
5. Masukkan bahan yang direbus (potong dadu).
6. Sewaktu menghidangkan soto madura, campurkan suhun, daun bawang, daun sup, perahan limau nipis dan kicap manis."