Jumaat, 4 September 2009

MEE SONGKHLA


Mee Songkhla

BAHAN A:
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
Sedikit serbuk cili
BAHAN B:
Stok ayam
Kailan
Kubis bulat
Kubis bunga
BAHAN C:
Mi
Telur
Sedikit tepung jagung
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumiskan kesemua bahan A. Kemudian masukkan bahan B. Masukkan tepung jagung untuk memekatkannya.
2. Dalam kuali yang lain, bubuhkan sedikit minyak. Pecahkan telur dan bubuhkan mi. Biarkan mi disalut dengan telur.
3. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak tadi ke atas mi yang telah digoreng.